Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah semasa hadir pada sidang media khas di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau boleh menyokong sesiapa sahaja yang beliau mahu.

Pada sidang media dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh berkata, beliau terpanggil untuk bersama-sama dengan Dr. Mahathir kerana berpandangan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang tidak sah.

“Ia tidak sah. Kerajaan yang kita ada hari ini tidak sah, dan Perdana Menteri hari ini seorang Perdana mMenteri yang tidak sah,” katanya dalam sidang media di Yayasan Al-Bukhari, hari ini.

Veteran politik itu dan Dr. Mahathir hari ini mengumumkan jalinan kerjasama dan menawarkan khidmat mereka bagi menyelamatkan negara yang didakwa ditadbir oleeh kerajaan yang lemah.

Ditanya samada beliau sanggup berdepan tindakan disiplin yang akan dibuat oleh partinya, Tengku Razaleigh berkata, beliau boleh menyokong sesiapa sahaja yang diinginkannya.

“Tindakan disiplin apa? Semua orang boleh sokong sesiapa sahaja yang mereka mahu,” katanya.

Kedua-dua figura politik itu hari ini memutuskan akan bekerjasama untuk membangunkan semula negara daripada ahli-ahli politik yang hanya mementingkan kedudukan parti mereka. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Cukup2 la…kami dah letih dgn orang politik ni. Dah lama sgt jadi jadi PM. Kemaruk sgt nak jadi PM balik.

  2. Kata-kata penuh ego yang sepatutnya cermin muka sendiri, kononnya lebih hebat dari keputusan YDP Agong….

Comments are closed.