The Dewan Rakyat sitting at the Parliament in Kuala Lumpur Dewan Rakyat sit sitting
Persidangan Dewan Negara.

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar beramai-ramai memboikot undian belah bahagi perbahasan belanjawan peringkat jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan.

Mereka rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan tiga Ahli Parlimen menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) hadir ke Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Azhar memperincikan keperluan untuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran, hadir ke dalam Dewan Rakyat, hari ini.

“Kita mintak Speaker bagi penjelasan apa yang berlaku ?” desak Anwar.

Azhar dalam pada itu berkata langkah ini dibuat kerana pada Khamis lalu, terdapat Ahli Parlimen pembangkang yang hadir dalam sesi undian.

“Alasanya kerana mereka hendak mengundi. Pada hari Khamis lalu terdapat Ahli Parlimen dari sebelah sini (pembangkang) datang yang tidak mematuhi perintah kawalan dan datang mengundi, saya tidak mahu perkara itu berlaku dan lebih baik saya regulate pengundian ini.

“Saya akan ambil tindakan, tapi daripada orang tidak mematuhi perintah kuarantin lebih baik saya regulate pengundian ini.

“Saya pohon penghitung mengambil tempat masing-masing,” arah Azhar.

Dalam pada itu, seorang Ahli Parlimen pembangkang berteriak risau akan keselamatan mereka sekiranya tiga Ahli Parlimen itu dibenarkan mengundi hari ini.

“Ini mengenai soal keselamatan kami Speaker,” teriak seorang Ahli Parlimen.

“Mereka telah didapati negitif, saya pohon penghitung mengambil tempat masing-masing,” jelas Azhar kepada persoalan itu.

Langkah itu mendapat tentangan daripada beberapa Ahli Parlimen pembangkang.

“Jangan gadaikan keselamatan kami Speaker, kami ada anak bini. Ini soal Covid-19. Kami kena kuarantin selama 14 hari,” teriak Aziz Jamman (Warisan-Sepanggar).

“Itu sebab mereka pakai PPE,” jelas Azhar

“Tak payah undilah, kita keluar,” teriak blok pembangkang.

“Tak payah undi, Parlimen sudah tidak ada undang-undang,” kata Mohamad Sabu (PH-Kota Raja).

Sebelum ini, Azhar membenarkan tiga Ahli Parlimen iaitu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, dan P. Prabakaran (PH-Batu) untuk hadir dala msesi Dewan hari ini.

Tanpa menghiraukan kacau bilau itu, Azhar tetap mengarahkan sesi undian belah bahagi diteruskan tanpa kehadiran Ahli Parlimen pembangkang.

Belanjawan peringkat jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan diluluskan dengan 110 undian menyokong, 7 Ahli Parlimen tidak bersetuju, 31 tidak menngundi dan 72 Ahli Parlimen tidak hadir ketika sesi undian dijalankan.

Belanjawan bagi kementerian di bawah Tan Sri Annuar Musa ini diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM256,312,000. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. hahahahha..tak payah masuk pun tak pa.. kalau undi belah bagi pun kalah jadi boikot lagi senang kerja PN..

Comments are closed.