Orang awam memakai pelitup muka ketika berjalan di luar terminal bas sebagai langkah berjaga-jaga berikutan wabak penyakit koronavirus (Covid-19) di Beijing, China. foto Reuters

BEIJING-  China melaporkan 17 kes Covid-19 baharu pada 14 Disember berbanding 16 kes sehari sebelumnya.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, 14 daripada kes baharu itu adalah jangkitan dari luar negara.

Manakala tiga kes lagi penularan tempatan, dua di wilayah Heilongjiang dan satu lagi di Sichuan.

Jumlah kes baharu tidak bergejala tidak diklasifikasikan sebagai kes positif, menurun kepada lapan daripada sembilan kes sebelumnya.

Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di China kini berjumlah 86,758 dengan kes kematian tidak berubah kepada 4, 634 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast