Foto Ayu Raudhah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Ayu Raudhah berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil anak kelima selepas melahirkan anak keempat pada Februari tahun lalu.

Menerusi Instagram, Ayu atau nama sebenarnya, Raudhah Che Wan @ Abu Bakar  mengumumkan perkara itu pada majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-36 baru-baru ini.

Isteri bintang bola sepak, Mohamad Zaquan Adha Radzak, 33, memuat naik beberapa foto pada majlis berkenaan beserta tanda pagar #yesimpregnantagain (ya, saya mengandung lagi).

Ayu bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungannya namun menerusi perkongsian gambar itu jelas kelihatan baby bump Ayu yang semakin membesar.

Aktres itu sebelum ini pernah mendedahkan suaminya menginginkan ramai anak agar dapat memberi keceriaan kepada keluarga besar mereka.

Rumah tangga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha sebelum ini diserikan dengan kehadiran tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Ayu dan Zaquan berkahwin di Alor Setar, Kedah pada 21 Januari 2011.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3, dan Muhammad Aisy Al-Khaliq, setahun. – MalaysiaGazette