Dengan lulusnya Belanjawan 2021 semalam, pembangkang perlu memainkan peranan yang konstruktif dan membantu kerajaan dalam usaha memerangi Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Dengan lulusnya Belanjawan 2021 semalam, pembangkang perlu memainkan peranan yang konstruktif dan membantu kerajaan dalam usaha memerangi Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat.

Institut Kajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (Institut Sedar) dalam satu kenyataan berkata, semua ahli politik tanpa mengira kerajaan mahu pun pembangkang perlu mengenepikan politik keterlaluan dan fokus kepada kepentingan negara.

“Pakatan Harapan (PH) perlu sedar dengan kenyataan bahawa blok pembangkang tidak mempunyai majoriti seperti yang dikatakan sebelum ini.

“Dewan rakyat telah melalui beberapa tahap dalam proses undian untuk belanjawan persekutuan, dan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sekalipun membuktikan majoriti beliau dalam dewan.

“Malangnya, jumlah pembangkang yang membantah belanjawan berbeza setiap kali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu institut pemikir dasar awam itu berpendapat, sudah tiba masanya pembangkang memberi ruang kepada kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional untuk melaksanakan tanggung jawab melawan pandemik, memulihkan ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TIBA MASANYA KETUA PEMBANGKANG LETAK JAWATAN.. selepas BERJANJI jika GAGAL MENOLAK BELANJAWAN ini…MUNGKIR JANJI DAN BOHONG itu CIRI2 MUNAFIKUN.

Comments are closed.