Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Keadaan bayi 18 bulan yang ditikam bapa kandungnya dalam kejadian 12 Disember lalu kini dilaporkan stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, bayi itu masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bayi itu semakin stabil dan selamat dan masih dirawat di Pediatrik Unit Rawatan Rapi (PICU) HKL.

“Mangsa kini dijaga oleh ibu kandung dan ibu bapa kepada suspek,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Suspek yang dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Tertuduh Muhammad Safwan Shafie, 27, bagaimanapun mengaku bersalah semasa kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang 12 Disember lalu, suspek yang disyaki kurang siuman telah menikam bayinya di dapur menggunakan pisau pemotong roti.

Suspek disyaki mengalami tekanan perasaan selepas bercerai dengan bekas isterinya. – Malaysiagazette

Bapa tikam perut bayi kandung menangis teresak-esak dipenjara 10 tahun