Ivan Rudiyanto

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan suruhanjaya itu, alamat terakhir lelaki tersebut, Ivan Rudiyanto, 44, adalah di No. 28 A-B, Jalan Sri Serawak 18, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, PPs Munuyandy a/l Somakandan di talian 011-5174 8211. – MalaysiaGazette