Pil ecstasy seberat lebih 4 kilogram ditemui di dalam sebuah kereta di Jalan Ipoh.

KUALA LUMPUR – Polis merampas 13,056 pil ecstasy seberat 4,327 gram berharga RM235,044 daripada seorang lelaki selepas memperoleh maklumat daripada seorang suspek.

Rampasan dadah dilakukan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di dalam sebuah kereta Mercedes Benz di sebuah kediaman dekat Jalan Ipoh, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Adnan Azizon berkata, lelaki berusia 43 tahun itu juga didapati positif dadah syabu.

Dia kini direman enam hari hingga 29 Disember ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Adnan berkata, jumlah keseluruhan dadah itu boleh dibekalkan kepada 13,000 orang penagih dadah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast