Kerajaan didesak segera memberikan moratorium secara automatik kepada rakyat negara ini sebagaimana yang diberikan pada pelaksanaan PKP 1.0 dahulu.

SEMUA pihak perlu memberi ruang dan peluang secukupnya
kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang
ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk
mewarnai arena politik negara kita. Parti Muda berkenaan
telah pun didaftar pada 17 September yang lalu dan kini
sedang menunggu proses kelulusan daripada pihak Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Kewujudan sebuah parti politik baru dalam negara kita patut dialu -alukan dan diterima dengan hati dan minda yang terbuka
oleh semua pihak.

Dengan wujudnya sebuah parti politik baharu, maka rakyat Malaysia akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih mana – mana ahli politik bagi mewakili mereka untuk menjalankan proses pentadbiran negara sekaligus mewarnai pentas politik dalam negara.

Sudah sampai masanya Malaysia memiliki sebuah ahli politik yang
benar – benar baru dan boleh memahami segala hasrat dan
harapan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama ini khususnya dari kalangan generasi
muda.

Malaysia perlukan sebuah pasukan pimpinan politik
baru yang benar – benar dapat memahami keadaan
persekitaran semasa pada masa kini yang amat berlainan
dengan pada masa dulu.

Namun, ia tidak bermakna kita harus meminggirkan segala
sumbangan yang telah dilakukan oleh veteran politik dalam negara kita.

Segala sumbangan yang dilakukan oleh veteran
politik dalam negara kita adalah amat dihargai dan akan
terus dikenangi sepanjang zaman selagi ada bulan dan
matahari.

Veteran politik yang ada dalam negara masih
boleh memainkan peranan mereka serta memberi
sumbangan terhadap pembangunan negara dengan
berkongsi pengalaman yang mereka ada kepada generasi
baru.

Malaysia kini memerlukan sebuah pasukan ahli politik
baru yang boleh memimpin negara ini ke arah yang lebih
gemilang serta dapat mengharungi segala dugaan dan
cabaran yang mendatang sesuai dengan keadaan semasa
pada masa kini dan masa akan datang yang penuh pancaroba.

Kewujudan pasukan ahli politik baru ini dijangka dapat
lebih memahami hati dan harapan generasi muda yang ingin
melihat perubahan dalam perjuangan politik tanah air kerana
mereka tergolong dalam satu kumpulan generasi yang sama
dan hampir sama.

Penghargaan harus diberikan kepada Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman serta rakan – rakannya dalam usaha
menubuhkan sebuah parti politik ini.

Tidak mudah untuk menubuhkan sebuah parti politik baru dalam Malaysia kerana mereka perlu melalui pelbagai cabaran bagi
menubuhkan sebuah parti politik mengikut peruntukan
undang-undang sedia ada dalam negara serta
mendaftarkan parti politik baru mereka dengan pihak-pihak
yang berkaitan untuk menjadi sebuah parti politik yang sah.

Penubuhan sebuah parti politik baru juga akan melibatkan
pengunaan sumber kewangan yang agak banyak bagi
membantu penubuhan parti serta bagi menjalankan segala
aktiviti dan program anjuran parti berkenaan pada masa
akan datang.

Cabaran yang paling utama yang bakal diterima oleh parti politik baru ini adalah bagi menarik orang ramai bagi menyertainya. Agak sukar untuk menyakinkan orang ramai bagi menyertai mana – mana parti politik baru.

Namun, bak kata pepatah dimana ada kemahuan, disitu ada
jalan, segala kesusahan dan kesukaran ini dapat dilalui
sekiranya orang yang menubuhkan parti baru serta serta
pasukannya bekerja keras serta dengan penuh ikhlas bagi
menjayakan penubuhan parti politik baru mereka.

Untuk kekal berjaya dalam dunia politik ini, sesebuah parti politik
perlu ada matlamat penubuhan yang jelas serta berlainan
dengan parti-parti politik sedia ada dalam Malaysia.

Pemimpin dan pasukan yang bakal menerajui parti politik
baru ini juga perlu dipilih melalui proses demokrasi dan
undian bukannya melalui proses lantikan secara sesuka hati
dari pihak atasan.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama
juga, penyertaan ahli dari kalangan pelbagai kaum dan
agama juga perlu diberi penekanan supaya parti politik baru
berkenaan dapat kekal relevan dalam suasana masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Parti politik baru ini perlu membuktikan kepada seluruh
masyarakat Malaysia bahawa mereka benar-benar
mewakili suara baru yang ingin membawa perubahan
kepada ke arah kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia
dan bukanya ingin membawa manfaat kepada diri mereka
sendiri.

Pasukan yang bakal dipilih bagi memimpin parti politik baru ini juga perlu terdiri daripada mereka yang benar– benar bersih dan tidak memiliki rekod buruk ataupun jenayah.

Proses pengisytiharan harta setiap pemimpin dan ahli politik perlu dilakukan pada setiap masa kepada pihak yang berkaitan dalam negara kita supaya orang ramai dapat melihat ketelusan perjuangan parti politik baru ini serta berasa yakin untuk menyertainya.

Apa yang paling penting, setiap individu yang ingin berjuang dalam dunia politik perlu benar-benar ikhlas berjuangan demi rakyat dan negara serta sanggup mengambil sebarang langkah tidak popular demi kebaikan semua lapisan masyarakat.

Sebarang janji politik yang dibuat kepada rakyat perlu dipenuhi sepenuhnya tanpa sebarang alasan. Rakyat Malaysia sudah muak
mendengar segala janji-janji manis politik yang sering
dilemparkan kepada mereka selama ini yang tidak dipenuhi.

Semoga kewujudan sebuah parti politik baru ini dapat
memberi manfaat kepada negara dan rakyat Malaysia.- MalaysiaGazette

 

Dr. Muzaffar Syah Mallow.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia.