M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima satu maklumat yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp bertajuk “Konspirasi Dan Skandal Rasuah di Malaysia” mengguna nama penulis sebagai Muhammad Fauzan bin Jamil.

Dalam kenyataan di sini, SPRM berkata, pihaknya telah menghubungi penama tersebut menerusi nombor telefon 019-3499238 yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebar luas oleh pihak tertentu.

Hasilnya, penama tersebut menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan tersebar yang menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya.

Perkara tersebut adalah palsu serta fitnah dan emel yang digunakan juga adalah palsu.

Susulan itu, penama berkenaan akan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.

SPRM berkata, suruhanjaya itu memandang serius bentuk tohmahan yang sengaja diadakan dengan niat untuk mencemar imej Suruhanjaya ini dan berharap pihak Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan berhubung perkara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast