KUALA LUMPUR – Terdapat satu kes positif Covid-19 baharu disahkan membabitkan kakitangan TMpoint Taipan, Subang Jaya pada 23 Disember 2020.

Kakitangan berkenaan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Berikutan kes tersebut, Telekom Malaysia Berhad berkata, pihaknya telah menutup TMpoint Taipan sehingga 29 Disember 2020 untuk sanitasi dan nyahkuman berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, bagi memastikan para pelanggan masih boleh mendapatkan perkhidmatan cawangan TMpoint yang lain terus beroperasi dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta panduan keselamatan tambahan TM.

Selain itu, pengesanan kontak secara terperinci sedang dijalankan oleh KKM, dengan dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Krisis (Crisis Response Team – CRT) COVID-19 TM, untuk mengenal pasti dan memaklumkan mereka yang telah berhubung rapat dengan kakitangan yang dikesan positif itu.

Kontak rapat yang telah dikenal pasti sedang dihubungi oleh KKM untuk nasihat dan tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette