Papan tanda untuk peringatan kepada orang ramai supaya sentiasas memakai topeng muka terlihat di pintu selepas wabak COVID-19 di Mainz berlanjutan, Jerman pada 22 Disember 2020. (Foto: Reuters / Ralph Orlowski)

FRANKFURT – Varian baharu Koronavirus SARS-CoV-2 yang telah merebak dengan cepat di Britain telah ditemui di Jerman untuk pertama kalinya.

Pesakit yang telah dijangkiti virus Covid-19 telah terbang ke Frankfurt dari London Heathrow pada 20 Disember.

Dia dikatakan ke sini untuk melawat saudara-maranya namun telah didapati positif ketika tiba.

Kementerian Kesihatan Jerman berkata, analisis genetik yang dijalankan di makmal Berlin Pesakit tersebut yang mula-mula hanya mengalami gejala ringan, telah dijemput oleh ahli keluarganya di lapangan terbang.telah mengesahkan B117.

“Ini adalah kes pertama yang dijumpai di Jerman,” tambah kementerian.

Pesakit tersebut yang mula-mula hanya mengalami gejala ringan, telah dijemput oleh ahli keluarganya di lapangan terbang.

Dia kini telah diasingkan bagi menjalani kuarantin kendiri di kediaman keluarganya di Baden-Wuerttemberg.

“Tiga individu yang berhubung dengan pesakit tersebut juga telah dikuarantin, katanya.

Penyebaran varian baharu yang cepat di Britain telah mendorong beberapa negara Eropah ntuk memutuskan hubungan pengangkutan. – MalaysiaGazette