Najib Razak

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaikan berputus asa apabila saranannya supaya pengembara dari United Kingdom dihalang daripada memasuki Malaysia, tidak didengari oleh kerajaan.

Beliau yang aktif menyuarakan cadangan tersebut ekoran kebimbangan terhadap varian terkini koronavirus itu berkata, kerajaan boleh memilih untuk meningkatkan semula tempoh kuarantin kepada 14 hari seperti sebelum ini bagi mengelakkan berlaku peningkatan penularan wabak Covid-19.

“Saya rasa ini kali terakhir saya buat posting tentang isu ini.

“(Saya) sudah membuat saranan selama enam hari berturut-turut sejak Ahad lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam komennya di posting berkenaan, Najib menambah, negara-negara lain telah mula mengetatkan pintu sempadan masing-masing serta melanjutkan tempoh kuarantin.

“Saya pun tidak faham. Jika kerajaan tak mahu ban (menyekat) terus, sekurang-kurangnya naikkan semula tempoh kuarantin dari tujuh hari ke 14 hari.

“Bukan kerajaan Malaysia yang tanggung kos 7 hari lagi kuarantin pun.

“Negara-negara lain ketatkan dan naikkan lagi tempoh kuarantin sebab mutasi baru ini tapi kita longgar dan pendekkan pula.

“Biarlah rakyat nampak kerajaan sedang buat sesuatu supaya rakyat rasa lebih selamat dan terjaga,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

7 Komen

  1. TARIK SAJA SOKONGAN DARI PN KERAJAAN HARAM TU DS. KAMI TEGUH BERSAMA.PENJILAT2 G MAMPOS LA..KAMI TAK PERLUKAN PENJILAT2 MACAM ANNUAR MUSA,JOHARI GHANI,KJ,H20,WAK JAHID,GOMO DALAM UMNO..
    KITA ADA RAMAI PENGGANTI JAUH LEBIH BAIK SERTA BUKAN KAKI PENJILAT MACAM MEREKA .

  2. Rata2 rakyat malaysia DAHAGAKN PRU 15….
    GILA PANGKAT…GILA KUASA…KORUP….MENJIJIKKAN POLITIK MALAYSIA KINI…..

  3. Walaupun dihina,dikeji dan dizalimi,
    beliau masih terus menyumbang idea2 bernas demi untuk kebaikan rakyat dan negara,
    cuma..
    UMNO perlu berpegang kepada prinsip dan maruah,
    UMNO perlu mendengar suara dan amaran dari akar umbi,
    cukup2lah UMNO dipergunakan,
    cukup2lah UMNO dihina,
    dah tiba masanya UMNO berpendirian tegas,

  4. Abang Ajib memang maha suci…. Penjilat2 abang ajib yg makan duit haram harus insaf bahawa pencuri dan perompak pun di dewa dewakan. Masa untuk Tok Mat n geng BASUH Umno yg sudah terlalu busukkkkkk dan bernajis… 1MDB DAN KONTRAK2 Kementerian Dalam Negeri tidak akan dilupakan!!!

  5. U are wasting time, wasting your support to the PN government…your voice is just a rubbish! I don’t understand why you are soooo stupid Najib! give back to the people to choose their own govt! Why should Muhyiddin listen to U? You are nobody!

Comments are closed.