Thursday, April 25, 2024
Home Nasional ADUN Dengkil, Adhif Syan positif Covid-19

ADUN Dengkil, Adhif Syan positif Covid-19

Adhif Syan Abdullah
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan di hospital.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Adhif  memaklumkan beliau telah melakukan saringan selepas mendapati pemandu peribadinya mengalami simptom demam sejak Khamis lalu.
“Dia bersama-sama saya telah membuat ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga semalam sejurus selesai urusan kerja harian dan hari ini disahkan positif oleh pihak hospital.
“Alhamdulillah, ketika ini, kami masih dalam keadaan stabil dan akan dibawa ke hospital pada Ahad oleh KKM untuk menjalani kuarantin dan rawatan,” katanya.
Menurut beliau lagi, pihak Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa lain telah dimaklumkan berhubungan perkembangan tersebut dan semua kontak rapat telah dikesan serta  disaring mengikut prosedur operasi standard (SOP).
.
Pada masa sama, beliau memohon maaf jika mendatangkan kesulitan kepada pihak lain dan menasihatkan orang ramai spaya memberi kerjasama jika diminta untuk melakukan pemeriksaan oleh pihak berkuasa.
“Saya memohon maaf jika mendatangkan sebarang kesulitan dan akan memaklumkan perkembangan keadaan kesihatan saya serta pengoperasian PKM dari masa ke semasa.
“Dengan izin Allah SWT serta berkat doa tuan-tuan dan puan-puan, insya-Allah kami akan dapat mengharungi dugaan ini dan kembali semula untuk berkhidmat segera dengan lebih berdedikasi,” jelasnya lagi.
Menurut Adhif, beliau membawa pemandu peribadinya ke klinik pada Jumaat selepas mendapati dia demam dan ujian Covid-19 pada Sabtu menunjukkan keputusan positif.
Beliau kemuidian membuat pemeriksaan pada hari sama dan didapati positif walaupun tiada sebarang simptom demam atau batuk. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.