Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu kartel daging import halal tidak berlaku pada zaman pemerintahannya ternyata mengundang rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Hendak pula Ahli Parlimen Pekan itu menyindir perkara itu perlu ditanya kepada menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) semasa mereka memerintah dahulu.

Salah seorangnya bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

“Amboi. Mulut tak ada insurans. Kalau berani mari sama-sama perjuangkan supaya RCI (Suruhanjaya Diraja) ditubuhkan untuk siasat kes ini,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pulai itu turut memuatnaik kenyataan Najib.

Terdahulu, Najib menafikan isu kartel import daging yang diragui halal itu berlaku pada zaman pemerintahannya walaupun ada dakwaan ia sudah berlaku sejak 40 tahun dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu kartel daging kena tanya menteri PH, ia tak berlaku zaman saya – Najib

5 Komen

  1. Jangan di layan dia tu. Masa dia dah habis…
    Habiskan duit negara, menyusahkan rakyat pas tu nak berlakon suci…

  2. sdh2lh…jgn mdh nk mncri slh slh shj…yg utama perbtul apa yg brlku n rkyt …kita….asyik2 nk gaduh bosan dgn keadaan skrng ni….jgnlh jdikn sglanya di bhu yg dh xd kaitn….mmng ianya brlku dlm 40 thun….tpi ia dpt ditngni…..ni yg skrng3….gaduh3 je yg ditunuk ….semua nk mnng….rkyt merana …politik2….

  3. Gaduh apa ahli politik? Semua benda pun nak buat modal. Rakyat ni modal utk diorg tunjuk sapa paling hero n suci ja ke? Skang ni kami rakyat nak sesiapa shj yg sekongkol makan rasuah dan pejam mata lepaskan daging tak sah halal ni masuk. Brp ramai dah umat Islam termakan daging syubhah ni. Korg dapat sprg rm3 ke 4 ribu berbaloi kah? Hukum sekeras2nya SPRM!

Comments are closed.