Ir. Khairil Nizam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen hari ini.

Beliau yang merupakan lantikan baharu Yang di-Pertuan Agong, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim kira-kira jam 10.05 pagi ini.

Ir. Khairil Nizam berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada tahun 1977 hingga 2020, sebelum menyambung pengajian di peringkat sarjanan dalam bidang Pengurusan dan Penyenggaraan Aset UTP pada 2012 hingga 2013.

Anak kelahiran Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak ini terlibat dalam politik Pas awal tahun 2009 dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja DPPM sehingga 2011 dan memegang jawatan Ketua Pemuda DPPM untuk penggal 2019 hingga 2021.

Lantikan senator ini untuk tempoh tiga tahun hingga Disember 2023.

Sementara itu, Dr. Rais mengucapkan tahniah atas pelantikan itu dan berharap Ir. Khairil Nizam menggunakan kepakaran yang ada untuk digemblengkan sepenuuhnya dalam semua aspek, sesuai dengan tarafnya sebagai Ahli Dewan Negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.