Zhang Zhan. foto SCMP

BEIJING – Seorang wartawan China yang membuat liputan penularan koronavirus di Wuhan dipenjara empat tahun.

Zhang Zhan didapati bersalah kerana “memilih pertengkaran dan melakukan provokasi masalah” pendakwaan yang kerap dikenakan ke atas aktivis.

Tertuduh adalah salah satu daripada beberapa wartawan China yang menghadapi masalah ketika membuat laporan mengenai wabak Covid-19 di Wuhan.

Tidak ada kebebasan media di China dan pihak berkuasa bertindak balas ke atas mana-mana aktivis dan pemberi maklumat yang menjejaskan reputasi kerajaan.

Menurut pendakwaan, Zhang telah pergi ke Wuhan pada  Februari untuk melaporkan secara bebas mengenai wabak di sana.

Siaran langsung dan laporannya disebarkan secara meluas di media sosial pada bulan Februari membawanya kepada perhatian pihak berkuasa China.

Organisasi bukan kerajaan (NGO), Jaringan Pembela Hak Asasi Manusia China (CHRD) berkata, laporan yang dibuat oleh Zhang merangkumi liputan penahanan wartawan bebas lain dan gangguan terhadap keluarga mangsa yang mencari akauntabiliti.

Zhang kemudian hilang dari wuhan pada 14 Mei, menurut CHRD, tetapi sehari kemudian, dia disahkan ditahan oleh polis Shanghai.

Dia didakwa secara rasmi pada awal November.

Pertuduhan mendakwa Zhang menyebarkan “maklumat palsu melalui teks, video dan media lain melalui platform WeChat, Twitter dan YouTube.

Dia juga dituduh menerima wawancara dengan media asing dan “menyebarkan secara jahat” maklumat mengenai virus di Wuhan.

Dia boleh dihukum antara empat hingga lima tahun. – MalaysiaGazette