drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

PETALING JAYA – Kegiatan tiga anggota polis dan dua lagi individu yang disyaki berkomplot menyamun kereta yang dibawa masuk dari Singapura terbongkar apabila mereka ditahan Isnin lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka ditahan di Pulau Pinang dan Kedah selepas disyaki menyamun sebuah kereta jenis Audi TT milik seorang lelaki warga asing di Ara Damansara, Selangor pada Ahad lepas.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku semasa lelaki berkenaan berjumpa seorang ejen jualan kereta di Jalan PJU 1A/54 pada malam Ahad bagi membincangkan urusan jualan keretanya, namun mereka didatangi dua lelaki yang memakai ves polis yang kemudiannya ‘menangkap’ ejen jualan itu, dan kemudiannya melarikan kereta.

“Bertindak atas laporan, polis menyerbu sebuah bilik hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan menahan suspek lelaki tempatan iaitu ejen jualan kereta berkenaan dan seorang suspek wanita warga tempatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini.

Nik Ezanee berkata, siasatan terhadap suspek lelaki itu membawa kepada penahanan dua anggota polis berusia 34 dan 51 tahun di pekarangan IPD Kuala Muda, Kedah, semalam.

“Susulan daripada itu, seorang lagi suspek iaitu anggota polis berusia 31 tahun ditahan di IPD Ipoh, Perak semalam,” katanya.