Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Bukit Aman hari ini mengumumkan pertukaran dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia melibatkan Asisten Komisioner Ruslan Ibrahim dan Asisten Komisioner Koh Seok Keng.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Senior Asisten Komisioner Datin Seri Asmawati Ahmad berkata, Ruslan akan bertukar ke Selangor sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Selangor.

Beliau ketika ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasata Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Pulau Pinang.

Sementara kitu Seok Keng pula akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah(Siasatan Jenayah Pelaburan Bersindiket /Kad Elektronik/Lain-Lain Jenayah)Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Beliau kini merupakan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

Pertukaran baharu kedua-dua pegawai kanan itu akan berkuatkuasa 2 Februari 2021. – MalaysiaGazette