Zidane kecewa sekali lagi merekodkan keputusan seri dalam aksi La Liga Sepanyol semalam.

MADRID – Real Madrid tertinggal di belakang pendahulu La Liga, Atletico Madrid selepas sekali lagi merekodkan keputusan seri bertembung dengan Elche.

Gol sepakan penalti Fidel mengakhiri rekod kemenangan The Galaticos dalam lima perlawanan berturut-turut.

Luka Modric meletakkan pasukan pelawat di hadapan dengan gol pada minit ke-20 separuh masa pertama sebelum perlawanan tertangguh dengan keputusan memihak skuad Zinedine Zidane.

Namun kebangkitan tuan rumah pada minit ke-52 separuh masa kedua menerusi Chaves de La Torre memusnahkan impian tiga mata penuh yang sangat diperlukan pasukan itu.

Selepas 16 perlawanan La Liga, Real Madrid mengumpul sebanyak 33 mata dan menduduki tempat kedua ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga Atletico Madrid.

Bagaimanapun skuad yang dibarisi bekas penyerang Barcelona, Luis Suarez itu memungut 35 mata menerusi 14 perlawanan dengan dua perlawanan tambahan.

Kemenangan dua perlawanan akan datang mampu menyaksikan Atletico akan meninggalkan Real Madrid dengan perbezaan lapan mata.

Skuad Zidane buntu dalam mencari gol kemenangan dan kecewa sekadar berkongsi satu mata dalam aksi malam tadi.-MalaysiaGazette