Jufitri Joha

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak bagi membincangkan isu penjualan alat permainan seks atas talian.

Antaranya kerjasama dijalankan bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan salah satu syarikat platform e-dagang antarabangsa terkemuka.

Bagaimanapun, Presiden MBM, Juftri Joha berkata, beberapa siri rundingan perlu diadakan lagi untuk memastikan isu melibatkan masalah sosial itu mendapat perhatian pelbagai pihak berkuasa.

“Hasil yang kita dapat daripada rundingan tersebut, ia memerlukan satu tindakan melalui kerjasama semua pihak.

“Terdahulu kita juga telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan perkara ini ditangani dan tidakditangani oleh sesetengah pihak sahaja. Kita juga perlu kerjasama Jabatan Kastam,” katanya ketika sidang media hari ini.

Justeru Juftri mengakui usaha menyelesaikan isu yang dibangkitkannya pada 18 November lalu bukan mudah dan memerlukan tempoh yang agak lama.

Terdahulu katanya Lazada bersedia bekerjasama menyelesaikan penjualan alat permainan seks di platform e-dagang itu namun syarikat berkenaan memerlukan kerjasama daripada agensi kerajaan lain.

Juftri dalam masa yang sama memaklumkan MBM baru-baru ini telah menghantar memorandum kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggguna.

Untuk rekod, MBM November lalu mendakwa penjualan alat permainan seks dan tembakau di platform e-dagang semakin berleluasa sehingga membimbangkan kerana melibatkan risiko gejala sosial di kalangan generasi muda.-MalaysiaGazette