Wan Anwar Wan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pas dinasihatkan supaya melupakan angan-angan mahu merampas Selangor dari Pakatan Harapan (PH).

Nasihat itu disampaikan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim, yang menyifatkan impian parti berslogankan Membangun Bersama Islam itu seperti Mat Jenin.

Katanya, Pas seperti tidak sedar parti itu dan Muafakat Nasional (MN) hanya mempunyai enam daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, selain berhadapan dengan tekanan politik daripada Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“PH Selangor menang besar PRU14 lalu hasil kesepaduan utuh parti komponen dan juga kempen tolak perkauman serta anti radikal agama sempit yang diterima oleh rakyat negeri ini.

“Sokongan rakyat kepada kerajaan PH Selangor semakin meningkat hasil keberkesanan kerajaan negeri menyelesaikan isu domestik termasuk bekalan air dan perobohan kilang haram.

“Kita juga berjaya menangani kebajikan rakyat dalam menghadapi pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau menyatakan, Pas harus menginsafi rakyat Selangor kecewa apabila mereka membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi punca perpecahan parti gabungan itu.

Katanya, rentetan dari itu, rakyat Selangor menzahirkan tindakan menghukum Pas dalam PRU14 dan hanya dapat mempertahankan kerusi DUN Sijangkang manakala beberapa kawasan hilang wang pertaruhan.

Wan Anwar mencabar Pas, MN dan PN supaya menamakan calon Menteri Besar Selangor dalam PRU-15 akan datang sebagai menunjukkan kesungguhan dan kesepakatan gabungan politik itu.

“Saya nasihat Pas agar cermin diri dan memberikan tumpuan terhadap isu Islam yang masih belum terjawab seperti penganjuran ratu cantik, RUU355, kes Allahyarham Adib, majlis perkahwinan di kuil, kartel daging haram dan pertambahan cabutan khas nombor empat digit daripada sibuk mengganggu kestabilan kerajaan Selangor,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. “Kita juga berjaya menangani kebajikan rakyat dalam menghadapi pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
    Ini lah yg terjadi di puchong sekarang, dorg berjaya menangani kebajikan rakyat dengan meroboh tempat rakyat mencari rezeki… Tahniah PH…

  2. amnanah yg lari tinggalkan PAS serupa dgn ppbm lari dari umno masa pru14…bukan soal berani atau tidak…amnanah lebih percaya dan yakin pada prinsip perjuangan DAPIGS…kesannya ulama dan agamawannnya memBISU dan memekakkan telinga memejam mata bila ISLAM diperlekehkan dlm masa 22 bulan.masalah AIR SELANGOR pun belum selesai.

  3. tindakan kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merobohkan gerai makan milik sekumpulan 43 penjaja di Puchong Permai ketika rakyat sedang bergelut dengan Covid-19…..TERBAIK SELANGORKU P unah H arapan terus mengencing rakyatttt

Comments are closed.