full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak tidak perlu mendesak Pas memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional (MN) atau tidak kerana parti itu antara watak utama merangka dan menubuhkannya atas dasar penyatuan ummah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, Pas berpegang teguh dengan Piagam MN yang dimeterai antara UMNO dan Pas pada 14 September 2019, antara lain bersetuju membentuk kerjasama.

“Ini termasuk mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraannegara.

“Pas turut mempertegaskan betapa MN perlu dijadikan amalan musyawarah dalam memperkasakan agenda Islam, Melayu, bumiputera khususnya rakyat Malaysia amnya secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan negara.

“Ia bertujuan untuk membangunkan negara secara inklusif, sejahtera dan menjamin keadilan sosial merentasi batas warna kulit mahupun anutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Pas berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan perpaduan, keharmonian dan keadilan di dalam negara ini.

“Dengan mengekalkan komitmen yang mantap dalam Agenda Besar MN, adalah jelas dari sudut pendekatan dan strategi politik tiada suatu pun halangan yang dikenakan untuk UMNO daripada kekal bersama Barisan Nasional (BN) mahupun untuk Pas dari menyertai mana-mana gabungan atau kerjasama politik.

“Apa yang penting adalah gabungan UMNO dan Pas boleh malah perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama dalam menghadapi PRU-15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya tiada pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain.

“Pas amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati, bukan sebaliknya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. amnanah yg lari tinggalkan PAS serupa dgn ppbm lari dari umno masa pru14…bukan soal berani atau tidak…amnanah lebih percaya dan yakin pada prinsip perjuangan DAPIGS…kesannya ulama dan agamawannnya memBISU dan memekakkan telinga memejam mata bila ISLAM diperlekehkan dlm masa 22 bulan.

  2. Hmmmm YB Taki, macamana dengan projek2 direct nego tu, dah dapat surat tawaran ke?
    Tak kan tak ada bawak balik satu pun project nego ke Kota Bharu? Orang Kota Bharu pun nak rasa juga YB

Comments are closed.