Zhang Bao
KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur kekal sebagai lokasi pelaburan strategik utama bagi pembeli Asia dalam pasca Covid-19 ekoran harganya yang kompetitif, potensi pertumbuhan jangka
panjang dan polisi mesra pelabur.
Pengerusi CORE Precious Development Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Zhang Bao berkata, kerana hartanah di Kuala Lumpur ditawarkan pada harga berpatutan untuk satu kaki persegi, kemudahan yang mencukupi, akses yang lebih mudah dengan perkhidmatan pengangkutan bersepadu walaupun ia merupakan salah satu bandar yang kos sara hidupnya yang tertinggi di Asia Tenggara.
Faktor lain adalah Malaysia menawarkan kos pendidikan antarabangsa yang mampu milik, sistem penjagaan kesihatan yang terbaik dan reputasinya sebagai salah satu destinasi popular untuk persaraan, jelas Zhang Bao.
Tambah beliau, berasaskan kepada laporan oleh Juwai IQI baru-baru ini, Malaysia dijangkakan menyaksikan peningkatan pembelian oleh pelabur asing dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Selain itu, Kuala Lumpur kini disenaraikan di tangga ketujuh dalam kalangan destinasi pilihan terbaik dunia oleh pembeli kediaman China pada suku ketiga tahun ini.
”Malaysia adalah salah satu negara mesra pelabur di Asia Tenggara bagi pelabur hartanah, ini keranaharga pegangan pelabur asing yang rendah sejak 11 Jun tahun ini yang mana tempoh sahnya akan berakhir dalam tempoh satu tahun,” katanya.
Zhang Bao berkata, walaupun kesan pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, pelabur asing masih lagi berminat terhadap potensi pertumbuhan jangka panjang Malaysia.
Ekonomi juga dilihat semakin kembali pulih selepas kerajaan banyak melonggar sekatan sebelum ini.
Menurutnya, unit-unit bagi projek hartanah sulungnya, Core Residence @ TRX, telah dibeli oleh pelanggannya dari negara utama di Asia seperti China, Hong Kong, Taiwan, Korea dan
Jepun.
Meskipun pelabur antarabangsa tidak boleh berkunjung ke tapak projek ekoran penutupan sempadan negara, syarikat ini telah menggunakan kreativiti dan keunikan membawa pengalaman menonton secara online melalui platform media sosial selain menawarkan pakej jualan menarik bagi membolehkan syarikat mencatat jualan sejak beberapa bulan lalu.
Selain itu, CORE Precious juga telah menerima permintaan yang baik dan menggalakkan untuk unit kediaman di Core Residence @ TRX dan progres pembinaannya berjalan mengikut jadual yang
ditetapkan meskipun terkesan daripada pandemik semasa.
”Sejak kami memulakan projek pembangunan ini setahun yang lalu, tarikh dijangka siap bagi CORE Residence @ TRX adalah pada tahun 2023,” jelas Zhang Bao. – MalaysiaGazette