MGTV : KECOH! Sekarang Baru Turun, Masa Roboh YB Di Mana? – Peniaga

Perjumpaan yang sepatutnya berlangsung di antara peniaga gerai di Puchong Permai dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud di kiosk tapak sepatutnya mereka dipindahkan dari kawasan asal bertukar menjadi kecoh petang tadi.

Kekecohan berlaku apabila lebih kurang 16 peniaga gerai yang antaranya berniaga tapak yang telah dirobohkan baru-baru ini tidak berpuas hati dengan penjelasan Siti Mariah. Kehadirannya didakwa para peniaga itu tidak dialu-alukan kerana Siti Mariah tidak muncul pada ketika beliau diperlukan pada 28 Disember yang lalu.

“Sekarang baru turun, masa dirobohkan YB di mana,” kata mereka.

1 Komen

  1. Rugi PN/BN x hasut mrk nih.
    Kalau PH yg jd pembangkang dah tentu dihasutnya sampai berbulan-bulan dan sampai pilihanraya.

    Bodohlah BN/PN, patutlah sanpai skrg x dpt rampas Selangor lg.

Comments are closed.