Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Daerah Hilir Perak pada hari ini, iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan ujian saringan ke atas semua tahanan dan kakitangan.

“KKM turut mengesahkan kes positif harian di depot tahanan ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta tiada lagi sampel menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Kakitangan Daerah Hilir Perak yang dijadualkan tamat pada 14 Januari ini. – MalaysiaGazette