Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sepetang 2021 Bersama Presiden Keadilan di Tamu Hotel, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Program ‘Sepetang 2021 Bersama DS Anwar Ibrahim’ anjuran Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Wilayah Persekutuan menerima sambutan baik dengan kehadiran ahli parti sehingga menyebabkan ada yang memanjat tangga untuk ke tingkat 13.

MalaysiaGazette mendapati kebanyakan mereka termasuk beberapa pemimpin antaranya Ahli Parlimen Kepong (DAP), Lim Lip Eng memanjat tangga dari tingkat 6.

Lif yang menghubungkan tempat parkir kereta turut sesak sehingga ada masa ia seperti tidak berfungsi kerana pengguna terpaksa menunggu lama di Tamu Hotel & Suites di Jalan Raja Abdullah.

Rata-rata mereka mematuhi garis panduan Covid-19 dengan memakai pelitup muka namun ada juga yang tidak mengambil berat tentang penjarakan sosial.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada jam 3 petang disambut dengan sorakan ‘Reformasi’ daripada ahli-ahli parti.

Difahamkan penganjur tidak menyangka jumlah kehadiran ahli yang ramai walau ia turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Parti Keadilan Rakyat.

Program ini juga menyaksikan  kehadiran beberapa pemimpin penting DAP dan Parti Amanah Negara walaupun jemputan dilakukan pada saat-saat akhir. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tiada penjarakan sosial..Boleh pulak tak kena RM1k kalau rakyat biasa mesti dah kena,,
    DSAI dok kencing apa petang ni?

Comments are closed.