Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) diiringi timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (kiri) menyampaikan surat lantikan Ahli Perbadanan SME Corp kepada Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid (dua kiri) pada Majlis Amanat dan Hala Tuju MEDAC 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JANUARI 2021.

PUTRAJAYA – Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah dilantik Ahli Perbadanan SME Corp iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

Surat perlantikan itu diserahkan oleh menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Nurulhidayah.

Turut dilantik Koong Lin Loong.

Pengumuman itu dibuat Wan Junaidi selepas ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Pelancaran Hala Tuju MEDAC 2021 di sini hari ini.

Sementara itu, Nurul memperoleh ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2012.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Malaysia.

Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di SPNB.

Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.

Berusia 41 tahun, beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga tahun 2012. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Nampaknya sesetengah orang skrg ni slumber je amalkan kroni dan nepotisma tanpa rasa apa2, hatta kebal kpd istilah “conflict of interest”. Mereka ni orang tak terpelajar kah?

Comments are closed.