Letupan di kilang penyimpanan balang gas, di sempadan Lubnan dan Syria. foto agensi.

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 10 cedera dalam letupan di kilang penyimpanan balang gas di sempadan Lubnan dan Syria, semalam.

Persatuan Palang Merah Lubnan berkata, pihaknya telah menghantar beberapa unit pasukan penyelamat ke lokasi letupan di perkampungan Al-Qasr.

“Kita menghantar tiga pasukan ke tempat kejadian. Didapati seramai 10 orang setakat ini mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital berdekatan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Jurucakap tentera Lubnan pula memaklumkan, letupan dipercayai berpunca daripada balang gas yang disimpan di premis berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast