LRA Sungai Selisek terpaksa dihenti tugas semalam ekoran air naik paras kritikal.
KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisik telah beroperasi semuaa setelah dihenti tugas ekoran insiden banjir pada jam 5.40 petang semalam.
Setakat jam 7 pagi ini, paras sungai telah surut dan membolehkan LRA beroperasi semula.
Henti tugas di loji berkenaan menyebabkan lapan kawasan di Hulu Selangor telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Ia melibatkan Kampung Sungai Nilam/ Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang, Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Kampung Serigala, Kampung Orang Asli, Kampung Bahom, Kampung Sekolah/Kuarters Klinik dan Kampung Gesir Tengah.
Air Selangor dalam kenyataannya berkata, ia sedang berusaha untuk menstabilkan sistem bekalan air dan pengguna yang terjejas akan mula mendapat bekalan air pada jam 10 pagi ini secara berperingkat-peringkat mengikut jarak dan lokasi premis pengguna.
Pemulihan sepenuhnya bekalan air di lapan kawasan terjejas dijangka pada 5 Januari 2021, jam 7 pagi.
Air Selangor telah mengerakkan lori-lori tangki untuk menghantar bantuan air kepada para pengguna yang terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast