Kebakaran van kurier di Jalan Metro Prima, Kepong.

KUALA LUMPUR – Sebuah van milik sebuah syariikat kurier terbakar berhampiran Metro Pudu, Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park di di sini, hari ini.

Komander Operasi Kanan Pegawai Bomba Kanan II, William Mandap dari Cawangan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, panggilan diterima pada jam 2.45 petang tadi dan jentera bomba telah dihantar ke lokasi kebakaran.

“Jentera Bomba Penyelamat Pudu dan bantuan BBP Hang Tuah bersama dua buah jentera FRT serta dua buah EMRS dan empat unit rim (bermotosikal) dengan kekuatan 20 anggota bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah van syarikat kurier,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 60 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 3.44 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan bomba,” ujar beliau. – MalaysiaGazette