UMNO Supreme Council Meeting Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO General Assembly MKN SOP
Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Malaysia dianggap sudah lewat menerima vaksin Covid-19 kerana kira-kira 50 negara lain sudah menerimanya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Singapura sudah mengedarkan vaksin kepada rakyatnya sejak bulan lepas lagi.

“Mengapa di Malaysia vaksin yang akan diberikan hanya sebanyak satu juta sahaja pada Januari ini?” soalnya ketika ditemui selepas mesyuarat ketua-ketua bahagian UMNO di sini hari ini.

Menurut Ahmad, kerajaan harus laju dalam segi membekalkan vaksin kepada rakyat supaya ramai lagi rakyat akan menerimanya.

Sebelum ini, Malaysia dijangka menerima vaksin selewat-lewatnya penghujung bulan ini selepas Pelan Vaksinasi Negara dilakukan oleh kerajaan.- MalaysiaGazette