Sharnaaz Ahmad

KUALA LUMPUR – Gelagat orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti sempena Tahun Baharu hujung minggu lalu untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kenalan rapat ketika kes Covid-10 semakin tinggi mendapat pelbagai pandangan.

Salah seorangnya adalah pelakon Sharnaaz Ahmad yang memuat naik satu video menempelak mereka yang sakan bercuti tetapi tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Mana kita punya akal, kita punya otak? Apa jadi saya tak faham, saya cerita pasal Langkawi sebab saya nampak benda ni.

“Tu bukan Kluster New Year tapi Kluster buta perut. Apa yang korang fikir? Saya tengok semua pantai tu semua tempat banyak penyakit. Nak pergi bercuti tiada masalah tapi tengok sekarang banyak kes yang berkaitan Langkawi.

“Kalau selamat boleh lah elok sebab imunisasi kuat. Kalau warga emas minta dijauhkan dan elak. Siapa-siapa yang baru balik dari Langkawi, saya doakan semuanya selamat. Fikirlah sebelum lepak dengan kawan-kawan lain. Sama-samalah kita jaga kita,” katanya. – MalaysiaGazette