Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. PXI: AZADI MOHAMAD ISKANDAR / MalaysiaGazette /28 AUGUST 2020. Anwar Ibrahim sodomy trial case remuneration payment Bukit Tunku Bungalow Najib Razak
Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.PXI: AZADI MOHAMAD ISKANDAR / MalaysiaGazette /28 AUGUST 2020.

KUALA LUMPUR – Prosiding penyewelengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya bermula tadi masih lagi menunggu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee  yang merupakan peguam bela Najib berkemungkinan lambat kerana mempunyai janji temu doktor.

Sepatutnya perbicaraan hari ini bersambung dengan soal balas antara Shafee  dengan saksi ke-10, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman.

Tetapi, ia akan dimukakan dengan isu berkaitan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Najib didakwa sedang melakukan serangan terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurut Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan, Zeti merupakan salah seorang daripada saksi pendakwaan bagi kes berprofil tinggi ini.

Isnin lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah telah memutuskan hari ini untuk mendengar hujah kedua-dua belah pihak sebelum membuat apa-apa ketetapan tentangnya.

Baru-baru ini, blogger terkenal MalaysiaToday Raja Petra Kamarudin mendakwa beberapa ahli keluarga Zeti antaranya suami dan anak telah menerima lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa mendalangi skandal 1MDB.

Menurut portal itu, keluarga Zeti didakwa menandatangani akuan berkanun (SD), sekali gus mengaku menerima jutaan ringgit di bank Singapura, wang yang didakwa datang dari syarikat yang ada kaitan dengan Jho Low.

Najib mendesak Zeti menjawab segala dakwaan selepas mengeluarkan kenyataan pada Mei 2018 menyatakan beliau (Zeti) tidak tahu mengenai kewujudan dana atau transaksi di akaun bank Najib.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ketika ini sedang menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Prosiding dijangka bermula pada bila-bila masa memandang pasukan pendakwaan, tertuduh malah pihak media sudah lama menanti sejak jam 9 pagi tadi. – MalaysiaGazette