Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup pejabat dan kaunternya di Temerloh bermula hari ini hingga dimaklumkan kelak, bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan ahli dan anggota berikutan keadaan banjir yang semakin teruk di Pantai Timur.
Dalam kenyataannnya di sini, KWSP berkata, ia akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menutup mana-mana cawangan yang terkesan untuk mengelak bahaya yang mungkin dihadapai ahli dan anggota pada waktu mencabar ini.
Ahli-ahli yang telah membuat janji temu di cawangan KWSP Temerloh bagi tempoh ini dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka selepas keadaan banjir mulai pulih.
Untuk transaksi yang mustahak, ahli boleh berurusan untuk perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau hadir di mana-mana cawangan KWSP lain yang beroperasi di kawasan yang tidak terkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast