Kakitangan FSSA membantu proses pemasangan panel solar salah sebuah rumah di Kg. Lasaupodi, Kota Belud.

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf (KRiS) Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisatif mengumpul dana dari warganya bagi menjayakan program untuk komuniti di Mengkapon, Kampung Pituru Timbang Taun dan Pengkalan Mengkapon di Pitas serta Kg. Lasaupodi, Kota Belud, Sabah.

Sumbangan berbentuk bakul makanan diserahkan oleh Pengerusi KriS Dr. Mohamad Zul
Hilmey Makmud bagi mengurangkan beban masyarakat yang terkesan dari sudut ekonomi
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(Bersyarat (PKPB).

Selain itu KRiS turut menyumbangkan sistem solar kepada seorang nenek, Rusni@Runi
Abdullah, 63 tahun yang tinggal bersama tiga orang cucunya, Nur hidayah Abdul Wahid, 9
tahun, Mohd Muslih Abdul wahid, 6 tahun, dan Nur Hafizah Abdul Wahid, 1 tahun.

Sumbangan tersebut bagi membantu mereka yang sering menghadapi masalah terputus
bekalan elektrik sejak beberapa tahun lepas di rumah mereka di Kg. Lasaupodi, Kota Belud.

“Inisiatif projek ini selari dengan tujuan penubuhan kelab bagi menggalakkan penyertaan
staf universiti untuk menyumbang kepada komuniti secara saintifik mahupun dalam bentuk kerja amal.

Keadaan rumah Rusni yang sering menghadapi masalah terputus bekalan elektrik sejak beberapa tahun lepas.

“Dianggarkan sebanyak 400 bakul makanan yang setiap satunya mengandungi barang-
barang keperluan dapur seperti beras, tepung, gula dan lain-lain telah disumbangkan oleh
KRiS kepada empat buah kampung tersebut sepanjang tempoh PKPB,” katanya.

Ujar Zul Himey, dengan adanya sumbangan dan bantuan dari NGO diharapkan sedikit
sebanyak dapat mengurangkan beban penduduk kampung yang terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh PKPB akibat peningkatan kes pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette