Pekerja warga asing dari Kumpulan Syarikat Kossan menjalani ujian saringan Covid-19 berikutan penularan wabak Covid-19 di Meru, Klang. foto MOHD ADZLAN, 09 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Lebih separuh kes harian Covid-19 di Selangor direkodkan berlaku di Klang semalam selepas 655 kes dilaporkan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata, 597 kes dikesan di Kapar melibatkan 581 hasil saringan pekerja dan mukim Klang (58).

“Petaling menjadi daerah kedua tertinggi dengan 139 kes dengan Bukit Raja (139), Damansara (131), Petaling (empat) dan Sungai Buloh (dua).

“Diikuti Hulu Langat dengan 62 kes. Kajang (26), Ampang (12), Semenyih (11), Cheras (lapan), Beranang dan Hulu Langat (dua) serta satu kes import dari Ivory Cost,” katanya menerusi Facebook.

Agensi berkata, sebanyak 40 kes dilaporkan di Gombak dengan 23 kes di Batu, Hulu Kelang dan Setapak (enam), Rawang (empat) dan Kuang (satu).

Katanya, Kuala Langat merekodkan 28 kes, 15 di Tanjung Dua Belas, Telok Pangkima Garang (11) dan satu kes masing-masing di Jugra dan Morib.

“Kuala Selangor mencatatkan 22 kes dengan Ijok (14), Jeram (tujuh) dan Batang Berjuntai (satu).

“Sebanyak 15 kes di Sepang dengan 10 di Dengkik, Labu (tiga) dan Sepang (dua). Hulu Selangor catat tiga kes di Serendah manakala Sabak Bernam catat satu kes di mukim Panchang Bedena,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast