MGNews : Teruja! Parti Putra Dapat Sokongan Kaum Bukan Bumiputera – Ibrahim Ali

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) melengkapkan penubuhannya sebagai parti yang memperjuangkan semua kaum apabila menerima penyertaan masyarakat India dan Cina sebagai ahli parti itu, hari ini.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, serentak itu Putra menubuhkan sayap keempat iaitu Kelab Penyokong Putra yang dipengerusikan bersama Dr. Balachandran Gopal dan Datuk Seri Dr. Chong Lian Foo.