Penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, memanjat tembok barat Capitol AS pada awal Januari lalu di Washington. foto agensi

WASHINGTON – Seorang wanita maut ditembak ketika serangan di US Capitol oleh para penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Seorang jurucakap Polis Washington, Alaina Gertz bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai identiti wanita itu atau kejadian tembakan tersebut.

Setakat ini identiti wanita itu belum dikenalpasti.

Namun, terdapat seorang saksi mengatakan tembakan itu berlaku setelah pihak penguatkuasa menggesa semua orang untuk bersurai.

“Tembakan tersebut tepat ke arah leher mangsa, sehingga menyebabkan banyak darah yang keluar dari mulut, leher dan hidung mangsa.

“Tetapi jika wanita tersebut tidak kehadapan terlebih dahulu, mungkin saya yang akan ditembak,” kata saksi kepada stesen televisyen tempatan.

Video yang tidak disahkan menunjukkan seorang wanita yang menjadi sebahagian penunjuk perasaan dalam bangunan itu berdarah setelah berlakunya tembakan bagi menghalang rusuhan berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast