Shahril Sufian
Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Berdasarkan rekod, UMNO tidak pernah memutuskan untuk bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan berkata, sekiranya ada kerjasama itu sudah bermula di Perak semasa peralihan Menteri Besar.

“Biro Politik dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia yang menjadi badan pembentuk dasar parti selain Perhimpunan Agung tidak pernah sekali-kali pun memutuskan untuk mengadakan sebarang rundingan bersama DAP dan PKR,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahril baik dalam majlis terbuka dan tertutup di hadapan kepimpinan parti pelbagai peringkat termasuklah baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkali-kali mengatakan beliau tidak akan menjalin kerjasama dengan DAP.

“Malah, sehingga hari ini MT UMNO meneruskan kelangsungan keputusan dasar parti yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung UMNO 2019, yakni tiada kerjasama dengan Anwar dan DAP. Selagi dasar itu tidak diubah, seluruh saf kepimpinan masih berpegang kepada keputusan tersebut,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Dakwaan terdapat percubaan demi percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga tidak tepat memandangkan sepanjang proses undian untuk Belanjawan 2021, ahli-ahli Parlimen UMNO mendukung dan meluluskannya di setiap bacaan dan setiap peringkat, ujarnya.

“Dukungan dan undian tersebut tetap dizahirkan meskipun dalam hal tertentu, jelas terdapat ketidakpuasan hati dari pihak UMNO berhubung pelbagai isu – baik dari segi pertalian politik antara UMNO dan PPBM mahupun dalam soal dasar kerajaan, maka jelas sekali selama ini UMNO mendukung kerajaan PN demi kemaslahatan rakyat dan negara yang masih dilanda ancaman wabak Covid-19,” kata.

Berhubung dakwaan kononnya kepimpinan Ahmad Zahid flip flop dalam keputusan berhubung Muafakat Nasional, Shahril menegaskan, barisan kepimpinan UMNO sentiasa konsisten mahu memperkasa Muafakat Nasional dan mengukuhkan pertalian bersama Pas tanpa UMNO menjadi ahli komponen PN.

“Pendirian ini tegas, jelas dan konsisten sepanjang masa,” katanya.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mendakwa ada usaha pemimpin UMNO cuba menjalinkan kerjasama dengan DAP dan mengheret nama Ahmad Zahid.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Masa ura-ura nak bentuk kerajaan Perak haritu, kenapa ada pula perbincangan dengan DAP. Sepatutnya dari awal dah zip mulut dengan DAP.

  2. bertelagah supaya PM TSMY letak jawatan dan buat pru15 SAMALAH dgn ANWAR BILA AKU nak jadi PM….semuanya ini menyusahkan rakyat dan berbalah setiap hari…jangan terperanjat jika PRU15 ramai TIDAK MENGUNDI kerana perangai2 MEMBUSUK MP2 dan ahli2 politik disamping kes COVID memuncak.

Comments are closed.