KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang diserang sakit jantung diterbangkan menggunakan helikopter EC725 AP oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendapatkan rawatan pakar di Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan, semalam.

Pesakit, M. Marathan Muthu 72 tahun sebelum ini menerima rawatan awal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Namun keadaan kesihatannya dan situasi banjir di daerah itu memerlukan pesakit dihantar melalui udara.

Pesawat dikendalikan oleh Komander Pesawat Mej Mohd Asmil Faiq Adnan TUDM dan pembantu juruterbang Kapten Thaddaeus Raphael anak [email protected]

Pesakit kemudiannya terus dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tunku Ampuan Afzan.

Op Murni itu turut melibatkan Kuartermaster Udara (AQM) PW U II Abdul Latif Md Amin dan Sjn U Jilvanio Stephanus.

Selain itu, penerbangan ini turut diiringi oleh seorang doktor perubatan, Dr Tee Kee Chun; seorang jururawat, Noorainmah bt Mat Nil dan seorang pembantu kesihatan.

Pahang merupakan negeri yang turut terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini mengakibatkan banyak jalan terputus hubungan.-MalaysiaGazette