Pasukan SAR Indonesia berjaya menemui dan mengeluarkan serpihan Pesawat Sriwijaya Air yang terhempas petang Sabtu di Lautan Jawa.

JAKARTA – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia berjaya menemui serpihan pesawat Sriwijaya Air SJY182 yang terhempas di laut selepas berlepas dari Jakarta semalam.

Serpihan pesawat itu dikeluarkan dari Lautan Jawa pada pagi ini sehari selepas Boeing 737-500 dengan 62 penumpang dan kru kabin termasuk tujuh kanak-kanak dan tiga bayi itu hilang dari radar menara kawalan trafik udara.

Peralatan sonar berjaya membantu mengesan isyarat yang datang dari pesawat itu.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi berkata, pihak berkuasa telah melancarkan usaha pencarian maksimum selepas mengesan lokasi pesawat itu terhempas semalam di Lautan Jawa.

“Serpihan-serpihan pesawat itu ditemui pasukan SAR di antara Pulau Lancang dan Laki,” kata Bagus Puruhito dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia menerusi kenyataan pagi ini.

Pegawai TTertinggi Penerbangan Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto berkata, kapal tentera laut yang dilengkapi kenderaan kawalan jauh berjaya mengesan isyarat yang dikeluarkan dari pesawat terhempas itu.

Isyarat itu padan dengan kordinasi panggilan terakhir juruterbang sebelum pesawat dilaporkan hilang dari radar.

“Kami segera melancarkan pasukan penyelam kami dari Unit Elit Tentera Laut untuk menentukan lokasi terhempas bagi menyelamatkan mangsa,” ujar Tjahjanto.

Nelayan di sekitar ribuan pulau di perairan Jakarta mendakwa mereka mendengar letupan kuat sekitar 2.30 petang semalam.

“Kami mendengar bunyi letupan tapi kami ingat ia adalah bom atau tsunami di laut,” kata nelayan, Solihin kepada agensi antarabangsa Associated Press.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Jakarta sekitar 2.36 petang waktu tempatan menuju destinasi ke Pontianak sebelum terbang pada ketinggian 11,000 kaki sebelum hilang tiba-tiba dari radar empat minit kemudian.

“Ketika penerbangan itu hujan lebat dan cuaca buruk melanda tetapi selepas letupan itu kami melihat ombak besar di laut sebelum kami terkejut melihat serpihan pesawat itu di keliling bot nelayan kami,” kata Solihin lagi.

Manakala Sumadi pula menegaskan, jadual penerbangan SJ182 itu sedikit terlewat selama sejam dan hilang dari radar selepas juruterbang menghubungi menara kawalan bagi memaklumkan meningkatkan altitud ketinggian pesawat pada 29,000 kaki atau 8839 meter.

Ahli keluarga kesemua penumpang pesawat terhempas itu dikumpulkan di lapangan terbang di Jakarta bagi mengetahui perkembangan semasa.

Dalam media sosial orang ramai mula menularkan manifesto pesawat itu dan juga video penumpang dan salah satu video menunjukkan seorang wanita bersama anaknya melambai tangan ketika berjalan di lapangan terbang.

Presiden Sriwijaya Air, Jefferson Irwin Jauwena berkata, pesawat berusia 26 tahun itu sebelum pernah digunakan Airlines di Amerika Syariikat.

Beliau memberitahu wartawan pada Sabtu pesawat sama telah terbang ke Pontianak dan Bandar Pangkal Pinang pada hari yang sama sebelum insiden tersebut.

Indonesia yang terdiri daripada 260 juta penduduk dilanda kemalangan pengangkutan darat, udara dan laut lebih kerap disebabkan penumpang sesak dalam feri, insfrastruktur menjangkau usia dan penguatkuasaan standard keselamatan yang lemah.

Pada Oktober 2018, pesawat Boeing 737 Max 8 Jet yang dikendalikan Lion Air turut terhempas di lautan Java beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta mengakibatkan 189 orang terbunuh.

Ketiadaan sistem kawalan penerbangan automatik dikenalpasti kepada punca nahas tersebut dan satu lagi kemalangan membabitkan pesawat model sama di Ethiopia lima bulan kemudian.

Nahas Lion Air adalah kemalangan udara terburuk Indonesia sejak tahun 1997 apabila 234 penumpang yang terbang dalam pesawat Garuda Air berhampiran Medan di Pulau Sumatera manakala pesawat Air Asia yang berlepas dari Surabaya ke Singapura terhempas di laut mengorbankan 162 nyawa.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Salam takziah kepada mangsa dan rakyat Indonesia.

    Naik kapalterbang, kalau ada masalah teknikal atau cuaca, tak boleh berhenti tengah jalan, terus menjunam.

    Naik keretapi laju, kalau ada apa2 boleh gak berhenti dimana2 sahaja TAPI keretapi laju mungkin tak sesuai kat Malaysia kot sebab rata2 suka naik kapalterbang sebab jimat masa!

    Ini pandangan sahaja!

Comments are closed.