Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali bercakap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan MPOB 2020 di Pejabat MPOB Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2021.

BANGI – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan semua menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu telah disaring virus Covid-19.

Menurut beliau, mana-mana individu yang telah didapati menjadi kontak rapat kepada kedua-dua menteri yang positif juga telah diarahkan menjalani kuarantin.

“Saringan dibuat pada hari dan mana-mana yang berdekatan dengan yang terbabit diarahkan untuk kuarantin.

“Saya duduk jauh sikit tidak terlibat dan kuarantin dan hari ini kita buat swab test dan doa tidak ada apa-apa,” katanya menjawab persoalan media tentang ujian saringan yang di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Semua menteri Kabinet diarahkan menjalani ujian saringan Covi-19 susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif, pada Sabtu lalu.

Ini termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribuni Bersatu Malaysia (Bersatu) juga diarahkan menjalani ujian saringan termasuk individu yang hadir dalam mesyuarat parti itu pada Rabu lalu.

Malah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun juga disahkan positif Covid-19. – MalaysiaGazette