Kluster Iris dikesan dari sebuah pasar raya di Lembah Pantai-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 kluster baharu Covid-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan Kluster Jalan Manan melibatkan daerah Klang, Kluster Persiaran Kuala di Petaling Klang dan Sabak Bernam di Selangor dan Kluster Udarama di Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Seterusnya Kluster Iris melibatkan sebuah pasar raya di Lembah Pantai, Kluster Jalan Kiara di Kepong dan Cheras serta Kluster Dialisis di Batu.

Selain itu Kluster Bukit Sekubong, Kluster Kampung Badak, Kluster Taman Kesedar di Gua Musang, Kluster Dialisis Putra dan Kluster Permint Harmoni.

Jelas Noor Hisham, pertambahan kluster baharu ini jumlah kumulatif kluster adalah 605 kesemuanya.

Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 344 termasuk lapan kluster hari ini iaitu Kluster Atabara, Kluster Senu Setia, Kluster Bonggaya, Kluster Jernai, Kluster Pengkalan Barat, Kluster Tapak Bina Puteh Lama, Kluster Tapak Bina Jalan Bukit dan Kluster Sabaru.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 261 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 77 melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” jelas beliau.-MalaysiaGazette