Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang menghantar surat kepada semua ahli Parlimen bagi merayu Yang Dipertuan Agong (YDPA) membatalkan darurat.

Dalam surat yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu YDPA mengarahkan Parlimen bersidang sebelum 31 Januari ini.

Presiden PKR mencadangkan semua ahli Parlimen mengemukakan rayuan itu kepada YDPA sebelum esok.

Bagaimanapun, Anwar berkata, surat berkenaan perlu disesuaikan mengikut pertimbangan semua Ahli Parlimen dan parti masing-masing.

“Semoga warkah ini mendapat ihsan dan kebijaksanaan YDPA untuk menarik balik pengisytiharan darurat dan seterusnya menitahkan sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam isi warkah kepada YDPA pula, Anwar menegaskan, cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibuat tanpa keabsahan dengan penyusutan jumlah ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.

“Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mempertikai langkah munasabah yang diambil bagi menangani wabak Covid-19. Namun majoriti ahli YB telah menggesa agar Belanjawan 2021 harus menumpukan isu kesihatan, kelengkapan termasuk peruntukan terhadap barisan hadapan.

“Pandangan dan peruntukan yang sedia ada adalah mencukupi untuk mengekang penularan Covid-19 termasuk langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB). Cadangan membentuk jawatankuasa berama telah diutarakan oleh ramai YB sejak bulan Mac 2020.

“Ia tidak memerlukan darurat. Kemelut ekonomi amat memprihatinkan manakala jumlah pengangguran, kemisikinan dan kesenjangan bertambah. Darurat pastinya akan menyebabkan kedudukan ekonomi tambah meruncing,” katanya.

Anwar berpendapat Perdana Menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat kepada YDPA keranan sesungguhnya tidak terkait dengan permasalahan Covid-19, banjir atau ekonomi.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Peyrah. Prihatin la sgt kat rakyat dan ekonomi. Alasan ja sbb dok nampak jawatan PM ja ni. Rini sahaja kes aktif 30k. Ada kau keysah?

  2. amanah yang jad am NANAH di bawah mahfuz salahudin hanipa mujahid khalid asmuni hasanudin zulkifly ahmad yg di dukung mat saburabut…tangan disambut anwar yg mengencing PKR parti khianat reformasi inilah pimpinan yg sentiasa HASUT menghasut wpun ada sebiji Zarah kebaikan…proksinya menuding jari pada yg lain tetapi 4 jari ke batang hidung sendiri.

  3. Nuar oi…klu ko pun jd PM ko pun akan lakukan benda sama la..entah2 lg teruk…nk selamat kan diri ape pun Nuar bole buat..bukan rakyat x kenal sape Anwar Ibrahim…ckp org lebih…p tengok pengundi kt pd tu dulu…baru bole mengata org…jd mp pun gagal…ni nk jd PM…pooorah..

  4. KAMI RAKYAT RAYU PADA YDPA untuk mengambil tindakan pada ANWARFIKUN serta MP2 serta orang awam yang termakan dengan Hasutan menolak TITAH DARURAT. dilucut jawatan MP@Warganegara.

  5. Amat malang jika ada yang masih sombong dan cuba untuk menangguk di air keruh serta gagal memahami perit getir rakyat berdepan dengan wabak COVID-19 dan kesempitan hidup dalam tempoh sukar ini.

Comments are closed.