Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Nampaknya tidak semua setuju dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini terutamanya soal premis makanan ditutup pukul 8 malam.

Rasa tidak puas hati itu dapat dilihat dalam ciapan dan hantaran di media sosial terutama kepada peniaga dan penghantar makanan.

Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.

Bagi mereka premis makanan ditutup pukul 8 malam itu terlalu awal terutama di kawasan bandar dan Lembah Klang.

Ada juga merungut kerana premis pandu lalu restoran makanan segera sudah tutup pintu pukul 8 malam.

Bagi mereka peraturan itu tidak kena kerana arahan supaya restoran tidak membenarkan orang ramai duduk makan dalam premis sudah memadai.

Ada berpendapat lebih baik peraturan membenarkan premis makanan beroperasi sampai pukul 12 tengah malam kerana ia memudahkan orang ramai, peniaga dan mereka yang cari makan menjadi penghantar makanan seperti sebelum ini.

Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.

“B*d*h punya Gov, apa issue tutup kedai jam 8pm. Walhal bukan boleh dine in pun. Trust me they’ll change to 12am back later. Setahun Covid19 pun takda perancangan tetap. St*p*d,” kata seorang netizen, Nabil Halimi.

Bagi seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Z, peraturan itu memberi kesan buruk kepada peniaga sepertinya.

“Salam yb Dato Sri @IsmailSabri60. Kami peniaga terkesan dengan waktu penutupan awal 8pm. Pelanggan kebanyakan baru nak order pukul 8. Kalau sekurang kurangnya dibenarkan sampai 10pm dapat banyak perbezaan. Kami peniaga dan rider patuhi SOP tiada dine in. Minta dipertimbangkan,” katanya.

Apa yang pasti, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara sudah pasti ada sebab menguatkuasakan peraturan untuk PKP 2.0 terutama dalam suasanan penularan Covid-19 semakin bermaharajalela.

Bagaimanapun, suara rakyat dan orang ramai – lebih-lebih lagi yang terkesan dengan norma baharu itu perlu didengari dan mungkin ada penyelesaian terbaik sepanjang tempoh dua minggu PKP diadakan ini.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Harap maklum semua orang terikat dengan sop premis peniagaan sampai jam 8 malam,bukan kita sahaja yang terasa kesusahan bila ditetapkan sop sebegitu namun front liner pun terkesan juga apatah lagi yang kerja shift balik kerja tak sempat tapau makan.tapi tolonglah faham kalau sop tak ditetapkan sebegitu,pasti ramai lagi yang berada diluar rumah dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal akhirnya meningkatkan lagi jangkitan bila masih ramai di luar rumah.dah sebegitu siapa lagi yang perlu disalahkan?adakah oleh kerana pihak berkuasa terlibat tidak menjalankan tugas mereka?ataupun pihak kerajaan gagal mengawal selia pengurusan dalam bagi membendung penularan COVID-19? Mohon muhasabahkan diri dari memunasabahkan sesuatu yang mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat umum.sedarlah pihak yang dipertanggungjawapkan akan keselamatan kita dan juga pihak berkuasa terlibat sudah tenat dalam menangani dan mengawal penularan jangkitan,apatah lagi pusat rawatan hampir penuh jika jangkitan masih berterusan akibat daripada ketidakpatuhan kita akan sop dan larangan yang digariskan pihak kerajaan.mohon fahami,kenapa pihak kerajaan menetapkan waktu dan garisan sop sebegini oleh kerana semua itu adalah bagi melandaikan lengkuk jangkitan yang mana semakin hari kian meningkat dan fasaliti perubatan juga kian penuh.jika bukan kita,siapa lagi yang patut dipertanggungjawapkan akan keselamatan diri dan juga keluarga kita.sama-samalah kita mempertanggungjawapkan diri kita untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 dari terus memberi bahana kepada masyarakat umumnya..

  2. Bukan dine in pun..bungkus bawak balik..apa beza bungkus makanan siang hari dengan bungkus makanan malam hari? Balik kerja jam 8 malam nak makan apa? tak kan nak masak letih2 balik kerja..lain lah Pak Menteri ada orang gaji berderet..pelik ya..bungkus waktu siang boleh, bungkus waktu malam kena Covid…malam virus tu lebih ganas ke arai c mana…rakyat nak tahu ni

  3. setuju pdgn Mr Banz…KAMI juga frontliner dn semua rakyat adalah FRONTLINER utk melandaikan dn menghapuskan covid 19…KITA JAGA KITA

Comments are closed.