- Tiga warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pejabat TNB Muar, Johor disahkan positif Covid-19 semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiga warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pejabat TNB Muar, Johor disahkan positif Covid-19 semalam.

Ketiga-tiga mereka bukan petugas di bahagian perkhidmatan pelanggan kini itu sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Sementara itu, kontak rapat mereka pula telah diminta menjalani ujian swab serta menjalani kuarantin di rumah.

Di samping itu,  pejabat TNB Muar telah ditutup mulai semalam untuk kerja-kerja sanitasi sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan akan dibuka selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambahan kenyataan TNB, penutupan pejabat berkenaan tidak memberi kesan kepada bekalan elektrik di Muar.

Namun semua urusan perkhidmatan TNB menerusi Kedai Tenaga seperti semakan dan pembayaran bil hanya boleh dilaksanakan menerusi portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau applikasi myTNB. -MalaysiaGazette