Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes ciapan jelik menggunakan akaun rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang berlaku pada tahun 2014.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh timbalannya dan empat ahli jawatankuasa.

Ia dinamakan Jawatankuasa Siasatan Kes Ciapan Tidak Senonoh Tahun 2014 di Akaun Rasmi Twitter SKMM.

“Jawatankuasa ini juga akan mengesyorkan tindajan yang bersesuaian antaranya tindakan tatatertib, surcaj, membuat laporan polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah atau tindakan sivil di mahkamah terhadap pihak yang terlibat sekiranya wujud kecuaian atau salah laku dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Mesej mencurigakan melalui Twitter rasmi bukan dari SKMM

Menurut Mohammad, langkah-langkah penambahbaikan juga akan dicadangkan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Laporan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saifuddin arah siasat dalang ciapan jelik SKMM