Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan Kelantan dan Sibu, Sarawak bermula esok hingga 29 Januari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini dibuat selepas berlakunya peningkatan kes postif Covid-19 termasuk kemunculan kluster di rumah panjang di Sarawak.

“Kebanyakan kes adalah dari Kluster Pasai yang merekodkan sebanyak 394 kes daripada jumlah kes secara keseluruhan. Kluster ini membabitkan 18 rumah panjang di seluruh Bahagian Sibu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengenai peningkatan kes Covid-19 di Kelantan, Ismail Sabri berkata, purata kes harian meningkat antara 80 hingga 100 kes sehari, manakala jumlah kes aktif juga meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari dari 328 kepada 891 kes, sejak 10 Januari lalu.

“Kementerian Kesihatan turut mengesahkan 90 peratus daerah di Kelantan kini dalam zon merah dan jingga. Masing-masing tujuh daerah zon merah, iaitu di Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

“Dua daerah zon kuning, masing-masing di Pasir Puteh dan Pasir Mas, manakala satu daerah zon jingga, Jeli,” katanya.

Ujar Ismail, SOP PKP di Sibu dan Kelantan sama dengan di enam negeri yang telah ditetapkam.-MalaysiaGazette