Reka bentuk pelitup muka untuk Projek Amal Pelitup Muka Fabrik Pelajar di Dewan Kampung Sri Tanjung Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan berita yang bertajuk  ‘Covid-19: Pelitup Muka Jenis Fabrik Punca Dijangkiti’.

Penggunaan tajuk berita yang digunakan dan sedang tular di media sosial itu tidak tepat dan mengelirukan, kata kementerian itu.

Justeru KKM menyarankan agar orang ramai menggunakan platform media sosial KKM yang rasmi di Facebook (Kementerian Kesihatan Malaysia), Twitter (KKMPutrajaya) dan Instagram (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk mendapatkan maklumat yang sahih.-MalaysiaGazette